Kamilah's Cafe Putra Heights yang tenang

Kamilah's Cafe Putra Heights. Putra Heights ni banyak tempat makan yang saya belum jelajah lagi. Tetapi memandangkan kita ni semakin lama semakin nak berubaha menu makanan makdusnya kalau dulu saya lebih kepada makan nasi sahaja, sekarang ni saya suka  hendak mencuba makanan-makanan yang moden sikit dengan suasana yang tenang. Jika anda juga sama seperti saya, salah satu pilihan yang ada di Putra Heights iailah Kamilah's Cafe Putra Heights.

Saya pernah lalu dan park kereta di depan cafe ini tetapi belum pernah mencuba menu makanannya. Nampak kepada bahagian luar Kamilah's Cafe Putra Heights ni, pemiliknya seorang yang ada taste tersendiri. Bagi saya, ini satu kelainan daripada cafe atau restoran lain di Putra Heights dan harus di cuba cafe ni.




Kamilah's Cafe Putra Heights terletak di barisan belakang Bank Islam Putra Heights dan menghadap ke Pasar Tani Putra Heights tu. Nampak signboard di bawah anda pasti telah jumpa Kamilah's Cafe ni.

Suasana Kamilah's Cafe Putra Heights


Selain dari makanan, kalau saya, saya juga akan pilih kedai makan yang ada suasana yang tenang dan nyaman. Dah la tempat kerja sibuk kan, apa kata kalau masa menikmati makanan kita pilih tempat yang tenang sedikit seperti Kamilah's Cafe.






Itulah sedikit suasana Kamilah's Cafe Putra Heights yang saya boleh kongsikan. Kena tak dengan mood anda? Kalau kena, boleh lah try makan kat sini. Sampai pukul 6.30 pm je tau. Malam tutup.

Makanan Kamilah's Cafe Putra Heights

Tak lengkap kalau kita tengok suasana je, tanpa tengok menu-menu yang ada di cafe ni. Saya bila tengok gambar-gambar makanan ni yang jelas, naik selera saya untuk makan kat Kamilah's Cafe ni. Insyallah kalau ada rezeki kan.









Waduh waduhh, tak boleh tahan macam ni. Nampak pada menu tu, ada yang menarik minat saya. Nanti kalau saya dah cuba, saya kongsikan bagaimana perasaannya setelah merasa makanan kat sini. Jika anda nak tahu kelazatan makanan di cafe ini, anda boleh try dulu lah. Ataupun jika anda dah bosan makan kat kedai mamak tu, boleh juga cuba makan di Kamilah's Cafe Putra Heights ni.

Cafe ini ada instagram juga, tengok kat bawah tuh. Silalah follow, banyak lagi gambar-gambar makanan untuk anda pilih.



Nak parking pun senang dan free je. Selamat menjamu selera di Kamilah's Cafe Putra Heights. Tak perlu nak pergi jauh-jauh kalau nak makan. Kat Putra Heights pun ada banyak cafe yang belum kita cuba. 


KL . Blogger . Traveller . 019 205 5657 . webmaster.my@gmail.com

0 comments: