Belum Rainforest Resort Tasik Banding, Perak. Salah satu tempat menarik di Perak yang jauh daripada kesibukkan kota ialah Belum Rainforest Resort Tasik Banding, Perak. Lokasi Belum Rainforest ini ialah dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli Kelantan dan sejauh 370km dari Kuala Lumpur.
Belum Rainforest Resort Tasik Banding, Perak - satu percutian yang mendamaikan sebab pemandangannya atau view Belum Resort ni ialah Tasik banding yang masih belum tercemar. Elok sangat kalau anda nak hirup udara segar di sini bersama keluarga.
Kalau sudi baca, saya pernah ke tempat-tempat menarik di Malaysia yang lain.
Lokasi Belum Rainforest Resort Tasik Banding, Perak.
Belum Rainforets ni terletak di Tasik Banding. Kalau korang nak ke Kelantan dari Perak lalu ikut Gerik, korang akan nampak resort ni kat sebelah kanan korang selepas jambatan nak memasukki Pulau Banding.
Tips Bercuti di Belum Rainforest Resort
Kali ni saya nak kongsi sikit tip bercuti di Belum Rainforest Resort:
Breakfeast - tak best sangat. Walaupun harga bilik paling murah pun rm350++ tetapi kalau tengok minum pagi tak padan dengan harga bilik. Mungkin sebab lokasi sini unik sikit. Tak banyak pilihan makanan tetapi keadaan restoran baik, ada meja kat dalam ekon atau pun nak santai kat luar tengok view.
Dinner aka makan malam - yang ni kalau korang makan kat resort ni memang mahal la kan. Apa kata korang keluar daripada resort ni. Korang boleh pergi ke Gerik dalam 30km ( malam-malam layan lab ter ) terdapat banyak kedai tomyam. Tetapi hati-hati sebab jalan pusing-pusing maklumlah kawansan bukit.
Dinner aka makan malam - yang ni kalau korang makan kat resort ni memang mahal la kan. Apa kata korang keluar daripada resort ni. Korang boleh pergi ke Gerik dalam 30km ( malam-malam layan lab ter ) terdapat banyak kedai tomyam. Tetapi hati-hati sebab jalan pusing-pusing maklumlah kawansan bukit.
Sesetangah bilik tiada tv - yang ni mungkin ramai tak perasan masa booking kan. Ingatkan ada semua bilik ada tv macam hotel-hotel lain tetapi kat Belum Rainforest Resort ni, sesetengah bilik je ada TV. Jadi masa booking sebelum bayar, korang tanya-tanya le dulu kat resort ni.
Ada roof top - ni tempat lepak tinggi sikit kat sini. Dari roof top ni korang boleh tinjau-tinjau view Tasik Banding. Kat sini siap ada kerusi dan meja. Korang bawak makanan makan kat sini pun best jugak. Malam-malan ada nyamuk yer. Guest boleh je naik lepak kat sini, free je pun.
Kebersihan - keadaan luar resort ni tak bersih sangat, maklumlah nak kekalkan keadaan kehijauan hutan. dalam bilik bersih. Bilik ala-ala kayu cam tu lah. Ada view hutan dan view tasik - nampak le sikit tasik.
Aktiviti outdoor - no komen sebab saya tak join dan tak ambil pakej ni. Menarik kot tetapi ramai mat salleh yang buat aktiviti outdoor ni.
Perjalanan ke resort - kalau dari KL ambik masa 5 jam. Dari PLUS menghala ke utara, exit di Kuala Kangsar terus ke jalan biasa ke Gerik ( 100 km ). Dari pekan Gerik ke Belum Rainforest Resort dalam 30 km. Ini jalan pusing-pusing layan bukit.
Harga bilik - min rm350. Bagi saya harga bilik kat Belum Rainforest Resort ni mahal sebab resort ni 3 start je tau. Tetapi bila memikirkan keunikkannya, mungkin sebab tu harganya mahal. Memang jauh dari kota lah kata orang.
Sebarang pertanyaan tentang pengalaman kat Belum Rainforest Resort, korang boleh isi kat komen, nanti saya kongsikan terbaik untuk korang yang berhajat ke sini.
Sebarang pertanyaan tentang pengalaman kat Belum Rainforest Resort, korang boleh isi kat komen, nanti saya kongsikan terbaik untuk korang yang berhajat ke sini.