A Famosa Melaka - percutian untuk keluarga

Safari Wonderland A Famosa Melaka. Baru-baru ini kami sekeluarga pergi jalan-jalan di Safari Wonderland A Famosa Melaka. Kami dah siap-siap beli tiket tempat tinggal dan harga tiket Safari Wonderland Afamosa Melaka di Matta Fair 2016 PWTC baru-baru ini. Harganya lebih murah dari biasa. Memandangkan A Famosa Melaka ni tak jauh dari Subang Jaya, jadi kurang la stress kami sekeluarga travel ke sana. Dulu kami pernag singgah di Freeport A Famosa Outlet yang shopping mallnya ala-ala Johor Premium Outlet. Freeport A Famosa Outlet ni bersebelahan dengan A Famosa Resort.



Safari Wonderland A Famosa Melaka ni sesuai sebagai tempat percutian untuk keluarga kerana terdapat banyak aktiviti di sini. Sehari tak cukup, 2 hari just nice. Ikut bajet anda la nak duduk lama mana. Guna waze sahaja untuk ke A Famosa Melaka ni.



Tempat tinggal di A Famosa Melaka


Di A Famosa Melaka ni terdapat banyak jenis tempat tinggal dan kami tinggal di D'savoy Condotel yang merupakan seperti sebuah studio atau apartment. Dengan harganya, berbaloi tinggal kat D'Savoy Condotel ni.

Tempat tinggal di A Famosa Melaka


Di A Famosa Melaka ni terdapat banyak jenis tempat tinggal dan kami tinggal di D'savoy Condotel yang merupakan seperti sebuah studio atau apartment. Dengan harganya, berbaloi tinggal kat D'Savoy Condotel ni.

Kami juga pergi ke Monkey Island nak boat kecil. Pulau ni dekat dan kecil sahaja di mana kami boleh pegang-pegang monkey di sini. Jinak-jinak monkey kat sini dan juga cute. Kami jalan bawah pokok dan monkey bermain kat dahan-dahan pokok. Awas budak-budak kecik takut skit kat monkey.



Di dalam Safari Wonderland A Famosa Melaka ni, terdapat 4 show berlainan setiap hari. Kami terkejar-kejar juga untuk menyesuaikan masa kami dengan masa show tersebut supaya kami boleh join semuanya. Free sahaja sebab dah bayar masa masuk safari tadi. Waktu show tu berbeza-beza jadi anda kena pastikan susun atur show-show ini supaya anda boleh join.



Elephant Encounter - pertunjukkan manusia dan gajah. Boleh beri makan tebu kat gajah dengan bayaran rm5 untuk membeli tebu. Ada macam kisah dulu di mana gajah menganggu tanaman penduduk dan akhirnya gajah dan penduduk berkawan baik. Di akhir pertunjukkan gajah ni ada sedikit kejutan. Saya tak cerita yang ni supaya anda terkena nanti. Ha ha ha...



Multi Animal Fun Play - pelbagai jenis haiwan dengan skill masing-masing. Boleh layan juga ni tengok gelagat haiwan yang bijak.

Colour of the Birds - boleh tengok pertunjukkan burung. Salah satu yang saya suka ialah kita derma rm10 ( pegang di tangan ) dan burung akan datang ambil dari tangan kita. Menarik.

Wild Wild West - yang ni paling best, cerita koboi. Lama juga show ni dan saya  puas hati. Anda wajib pergi show ni. Ada tembak-tembak dan jatuh-jatuh dalam air.

Restoran di Safari a Famosa - Local Food Court


Boleh beli makanan kat dalam safari. Harganya dalam rm15 termasuk air. Ada empat menu utama. Air-air tin tu banyak la, harga rm3. Baik bawa air sendiri atau beli siap-siap kat luar. Makanan boleh bawak masuk. Berdekatan food court ni ada surau. Tempat ni dekat dengan Monkey Island.



Amacam? Belum pernah pergi ke A Famosa Melaka. Silalah luangkan masa bersama keluarga di sana untuk menimba satu lagi pengalaman berharga. Banyak tempat-tempat menarik dalam negara yang kita boleh lawati.

KL . Blogger . Traveller . 019 205 5657 . webmaster.my@gmail.com

0 comments: