Terbaru

Kamilah's Cafe Putra Heights yang tenang

Kamilah's Cafe Putra Heights. Putra Heights ni banyak tempat makan yang saya belum jelajah lagi. Tetapi memandangkan kita ni semakin lama semakin nak berubaha menu makanan makdusnya kalau dulu saya lebih kepada makan nasi sahaja, sekarang ni saya suka  hendak mencuba makanan-makanan yang moden sikit dengan suasana yang tenang. Jika anda juga sama seperti saya, salah satu pilihan yang ada di Putra Heights iailah Kamilah's Cafe Putra Heights.

Saya pernah lalu dan park kereta di depan cafe ini tetapi belum pernah mencuba menu makanannya. Nampak kepada bahagian luar Kamilah's Cafe Putra Heights ni, pemiliknya seorang yang ada taste tersendiri. Bagi saya, ini satu kelainan daripada cafe atau restoran lain di Putra Heights dan harus di cuba cafe ni.




Kamilah's Cafe Putra Heights terletak di barisan belakang Bank Islam Putra Heights dan menghadap ke Pasar Tani Putra Heights tu. Nampak signboard di bawah anda pasti telah jumpa Kamilah's Cafe ni.

Suasana Kamilah's Cafe Putra Heights


Selain dari makanan, kalau saya, saya juga akan pilih kedai makan yang ada suasana yang tenang dan nyaman. Dah la tempat kerja sibuk kan, apa kata kalau masa menikmati makanan kita pilih tempat yang tenang sedikit seperti Kamilah's Cafe.






Itulah sedikit suasana Kamilah's Cafe Putra Heights yang saya boleh kongsikan. Kena tak dengan mood anda? Kalau kena, boleh lah try makan kat sini. Sampai pukul 6.30 pm je tau. Malam tutup.

Makanan Kamilah's Cafe Putra Heights

Tak lengkap kalau kita tengok suasana je, tanpa tengok menu-menu yang ada di cafe ni. Saya bila tengok gambar-gambar makanan ni yang jelas, naik selera saya untuk makan kat Kamilah's Cafe ni. Insyallah kalau ada rezeki kan.









Waduh waduhh, tak boleh tahan macam ni. Nampak pada menu tu, ada yang menarik minat saya. Nanti kalau saya dah cuba, saya kongsikan bagaimana perasaannya setelah merasa makanan kat sini. Jika anda nak tahu kelazatan makanan di cafe ini, anda boleh try dulu lah. Ataupun jika anda dah bosan makan kat kedai mamak tu, boleh juga cuba makan di Kamilah's Cafe Putra Heights ni.

Cafe ini ada instagram juga, tengok kat bawah tuh. Silalah follow, banyak lagi gambar-gambar makanan untuk anda pilih.



Nak parking pun senang dan free je. Selamat menjamu selera di Kamilah's Cafe Putra Heights. Tak perlu nak pergi jauh-jauh kalau nak makan. Kat Putra Heights pun ada banyak cafe yang belum kita cuba. 


Apa yang best di Kelantan Cik Siti Wan Kembang

Apa yang menarik di Kelantan sebenarnya. Bagi saya, Kelantan ni unik. Masih banyak lagi budaya yang di kekalkan untuk di lihat oleh anak cucu. Sebab itu kalau travel ke Kelanta tak pernah puas. Dengan jenis-jenis makanan yang tak biasa di lihat kepada tempat-tempat menarik untuk dilawati di Kelantan menjadikan Kelantan adalah destinasi pelancongan yang sentiasa di gilai oleh semua.

Dengan harga makanan yang masih murah dan keramahan rakyatnya, Kelantan boleh di masukkan ke dalam kalender pelancongan anda sebagai salah satu tempat wajib di lawati setiap tahun. Tempat penginapan tiada masalah di Kelantan. Makanan senang nak dapat dan pelbagai pilihan. Itulah uniknya Kelantan sebagai sebauh tempat pelancongan tetapi masih banyak lagi yang boleh di buat di Kelantan dalam bidang pelancongan.

Apa yang best di Kelantan Cik Siti Wan Kembang

Apa yang best di Kelantan Cik Siti Wan Kembang? Banyak yang best dan mesti dilawati, antaranya ialah:


Laksam Kelantan. Ini anda mesti cuba. Lain rasanya dengan yang kat KL



Masjib Seniukir China di Rantau Panjang



Tempat yang ramai orang tahu di Kelantan.



Permainan wau yang masih lagi di kekalkan.



Pasar Siti Khatijah

Itulah antara keunikkan Kelantan. Anda pasti tak menyesal jika melawat Kelantan. Pastikan anda buat research dulu supaya dapat memaksimunkan masa anda di Kelantan.

Water Theme Park A Famosa Melaka

Water Theme Park A Famosa Melaka. best oo main air kat Water Theme Park A Famosa Melaka ni. Bukan apa banyak permainan air yang boleh buat kat sini. Untuk budak-budak pun sesuai. Seperti yang korang tahu, di A Famosa Melaka ni, ada satu lagi Safari Wonderland A Famosa Melaka yang boleh anda lawati.

Setelah penat di Safari Wonderland, korang boleh pula main air di wet world a famosa ni. Tak menyesal tetapi pastikan korang kat sini satu hari. Kalau separuh hari, tak berbaloi.


Water Theme Park A Famosa Melaka


Moh kita tinjau-tinjau gambar menarik sekitar water theme part melaka ni. Mana la tahu kan, korang berminat nak pergi ke nanti.

wet world a famosa malacca

















A Famosa Melaka - percutian untuk keluarga

Safari Wonderland A Famosa Melaka. Baru-baru ini kami sekeluarga pergi jalan-jalan di Safari Wonderland A Famosa Melaka. Kami dah siap-siap beli tiket tempat tinggal dan harga tiket Safari Wonderland Afamosa Melaka di Matta Fair 2016 PWTC baru-baru ini. Harganya lebih murah dari biasa. Memandangkan A Famosa Melaka ni tak jauh dari Subang Jaya, jadi kurang la stress kami sekeluarga travel ke sana. Dulu kami pernag singgah di Freeport A Famosa Outlet yang shopping mallnya ala-ala Johor Premium Outlet. Freeport A Famosa Outlet ni bersebelahan dengan A Famosa Resort.



Safari Wonderland A Famosa Melaka ni sesuai sebagai tempat percutian untuk keluarga kerana terdapat banyak aktiviti di sini. Sehari tak cukup, 2 hari just nice. Ikut bajet anda la nak duduk lama mana. Guna waze sahaja untuk ke A Famosa Melaka ni.



Tempat tinggal di A Famosa Melaka


Di A Famosa Melaka ni terdapat banyak jenis tempat tinggal dan kami tinggal di D'savoy Condotel yang merupakan seperti sebuah studio atau apartment. Dengan harganya, berbaloi tinggal kat D'Savoy Condotel ni.

Tempat tinggal di A Famosa Melaka


Di A Famosa Melaka ni terdapat banyak jenis tempat tinggal dan kami tinggal di D'savoy Condotel yang merupakan seperti sebuah studio atau apartment. Dengan harganya, berbaloi tinggal kat D'Savoy Condotel ni.

Kami juga pergi ke Monkey Island nak boat kecil. Pulau ni dekat dan kecil sahaja di mana kami boleh pegang-pegang monkey di sini. Jinak-jinak monkey kat sini dan juga cute. Kami jalan bawah pokok dan monkey bermain kat dahan-dahan pokok. Awas budak-budak kecik takut skit kat monkey.



Di dalam Safari Wonderland A Famosa Melaka ni, terdapat 4 show berlainan setiap hari. Kami terkejar-kejar juga untuk menyesuaikan masa kami dengan masa show tersebut supaya kami boleh join semuanya. Free sahaja sebab dah bayar masa masuk safari tadi. Waktu show tu berbeza-beza jadi anda kena pastikan susun atur show-show ini supaya anda boleh join.



Elephant Encounter - pertunjukkan manusia dan gajah. Boleh beri makan tebu kat gajah dengan bayaran rm5 untuk membeli tebu. Ada macam kisah dulu di mana gajah menganggu tanaman penduduk dan akhirnya gajah dan penduduk berkawan baik. Di akhir pertunjukkan gajah ni ada sedikit kejutan. Saya tak cerita yang ni supaya anda terkena nanti. Ha ha ha...



Multi Animal Fun Play - pelbagai jenis haiwan dengan skill masing-masing. Boleh layan juga ni tengok gelagat haiwan yang bijak.

Colour of the Birds - boleh tengok pertunjukkan burung. Salah satu yang saya suka ialah kita derma rm10 ( pegang di tangan ) dan burung akan datang ambil dari tangan kita. Menarik.

Wild Wild West - yang ni paling best, cerita koboi. Lama juga show ni dan saya  puas hati. Anda wajib pergi show ni. Ada tembak-tembak dan jatuh-jatuh dalam air.

Restoran di Safari a Famosa - Local Food Court


Boleh beli makanan kat dalam safari. Harganya dalam rm15 termasuk air. Ada empat menu utama. Air-air tin tu banyak la, harga rm3. Baik bawa air sendiri atau beli siap-siap kat luar. Makanan boleh bawak masuk. Berdekatan food court ni ada surau. Tempat ni dekat dengan Monkey Island.



Amacam? Belum pernah pergi ke A Famosa Melaka. Silalah luangkan masa bersama keluarga di sana untuk menimba satu lagi pengalaman berharga. Banyak tempat-tempat menarik dalam negara yang kita boleh lawati.

Awana Kijal Glof Resort and Spa Terengganu

4 May 2012 aku dgn family bercuti ke Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu, bukan di taja oleh sapa2, ini sendiri bayar dengan sedikit diskaun dari tutt. Best gak sekali sekala jalan-jalan ni, bawak famili plak kan. Dulu aku pernah kerja di Terengganu ( gali minyak ni tengah laut ), jadi aku tahu skit2 jalan kat kemaman/paka/cherating tuh. Itu laluan aku rempit dulu hoho.

Cara ke Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu?

Aku dari subang jaya, terus naik kesas highway, karak, lebuhraya Pantai Timur hingga exit terakhir iaitu Jabur. Jarak perjalanan dari subang jaya ke jabur dalam 280km, lebih kurang 3 jam kalau maintain 120 – 150 km per jam. Lebuhraya pantai tumir memang clear, tak banyak kereta dan juga jalan lurus je. Tak macam karak highway, bukit-bukit


Exit Jabur, nanti ada 2 simpang iaitu kuantan dan kuala Terengganu ( kemaman ). Ikut kuala Terengganu cherating kemaman dan kijal. Jarak dari Jabur ke kijal dalam 40 km. Jadi total km dari subang jaya ke kijal 320 km.

Check in bilik ngadap laut skit, baru best. Harga dalam rm 341, korporat rate dapat rm218, banyak gak tu kan awana bagi less utk katil king size. Bilik ni macam bilik lama je sbb resort ni resort lama, dah banyak untung ni.


Air flush kat toilet tak berapa ok, flush2 kena byk2 kali baru ok. Kena improve ni skit.



Ini perkara pertama aku buat dgn family sbb anak sulung aku mmg suka mandi kat kolan resort atau hotel ni. Check in pukul 5 petang, turun kolam pukul 6 petang. Ada le 2-3 famili tgh  mandi manda. Sebelum aku lupa, takde welcome drink pun. Siot je Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu ni, minum free pun takde utk customer dtg jauh2.
Tapi kolam renang Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu terbaik. Bagi aku sama taraf dengan the Legend Cherating.

Kemudahan lain

Tenis, pool, golf, catur gergasi, spa dan dan apa lagi eh. Aku nak review pun tak tahu sbb aku tak pernah cuba.


Dinner di Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu

Nak dinner kat Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu mahal plak kan. Jadi aku bawak family aku mkn kat luar, di Zara Restoran Dan Café, depan Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu je. Perghh ramai org siot Zara Restoran Dan Café ni tapi tunggu takde le lama sangat setakat pesan siakap masak halia dan sayur. 2 dewasa dan sorang budak kos dalam rm40. Ok ke tak ok? Ok la siakap masak halia ni.
Rasa boleh tahan. Takde bau hanyir dan juga bekas letak ikan ni pun berbentuk ikan gak hehe. Nampak budak2 petronas pun makan kat sini gak.

Wifi bayar siot di Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu

Lepas dinner, lepak lobby jap sblm naik bilik, wifi ada password, kena bayar tu. Tak sangka aku resort sebesar ni kena bayar wifi walaupun tak ramai org guna.

What the hell! KFC pun free wifi. Bagi aku sekarang ni wifi sepatutnya free je.

Layan tv kata cembung kat bilik 642, bile nak upgrade tv flat skrin ni, tapi setakat ni aku belum jumpa lagi hotel yg guna flat skrin. Kira ni perkara biasa. Suasana malan dari dalam bilik tak boleh Nampak pemandangan pantai yg indah tu sbb gelap sangat.

Breakfast di Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu

2 orang free le, anak kecik pun kira free gak le. Makanan utk makan pagi ni banyak pilihannya. Tapi bagi aku tak boleh lawan dgn the legend lagi, legend  lagi best. Di Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu ni kira ok la, banyak gak le aku bedal sbb dah free kan. Siap aku pau yogurt lagik masuk beg. Oppss, kantoi ni. Halal ya.

Lepas minum pagi, mandi kolam lagik hehe, best tul kolam sini, ada cendawan turunkan air hujan.

Check out dari Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu

Check out pukul 1.00 pm. Boleh guna awana kad untuk kumpul point. PONEY salah satu jenama pakaian ni satu group dengan  Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu ni ye. Bye bye Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu. Kalau ada promosi menarik nanti, email2kan lah  kat aku, nanti aki pegi lagi.

Mesra Mall Kijal

Lunch kat Mesra Mall Kijal, food court le mana lagi. Nak try skit masakan local Terengganu kat sini, tapi hampa, satu je gerai tempatan Terengganu iaitu nasi kukus kijal ( kalau tak silap le ). Lain2 masakan semua ada byk kat kl.
Kat Mesra Mall Kijal ada macam2 kedai macam reject shop, vincci, giant, popular dan paggung wayang pun ada. Satu tingkat je Mesra Mall Kijal ni. Lepas tu pukul 6pm bertolak balik ke kl


Keropok Lekor

Singgah beli keropok lekor di chukai. Hujan pulak lebat dan hari dah malam dalam perjalanan balik dari kemaman  ke kl.
“ Ini review ikhlas aku, bukan aku di bayar utk buat review ni seperti kebanyakkan blogger yg di jemput dtg ke resort atau hotel, di beri penginapan percuma dan layanan 1st class. Aku saja je nak kongsi pengalaman aku di Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu dengan korang yang sudi baca.”

Pesta Belon Putrajaya ada belon pelik-pelik

Semalam saya sempat juga ke belon udara panas Putrajaya, walaupun saat-saat akhir dah nak tamat cuti sekolah. Bawak keluarga jalan-jalan sekali sekala ni pun bagus gak untuk kesihatan. 2-3 hari ada festival belon udara panas putrajaya, orang kata best, aku pun pegi le. Bukannya jauh pun, Subang Jaya je ke Putrajaya dekat je tuh. Selepas baca citer-citer kat blog ctfand.com dan kat blog kayyana baru aku teringat belum update lagi pasal belon udara panas nih. Harap Hot Air Ballon Festival ni ada lagi tahun depan.

Jalan pasti jem le nak cari presint 2 berdekatan monumen alaf baru tuh tempat festival ni diadakan tapi tempat parking ada.

Gambar Sekitar Pesta Belon Putrajaya








Hotel Avillion Port Dickson Negeri Sembilan

Hujung minggu lepas, aku pergi lepak-lepak di Port Dickson, nak tenangkan minda skit sambil hirup udara masin tepi pantai nih, aku memang suka ke tepi pantai bermain ombak dan usha-usha apa yang patut. Dari Subang Jaya, dekat je nak ke Port Dickson ni, tak sempat nak boring dah sampai, bayar tol skit ( 2 tol ) follow sign board jer, sampai le tu. Lagi satu kat Port Dickson ni orang kata ikan bakar dia best? Iya ke? Sapa-sapa pernah ke Port Dickson mesti dah try ikan bakar kat sini. 



Kalau korang nak usha lagi, aku pernah jalan-jalan kat tepi pantai yang lain di Malaysia nih. Lagi satu aku nak ingatkan, kalau dah dapat payment projek online ataupun kerja part time online ni, pergi le jalan-jalan bawak famili.


Lokasi Dan Review Avillion Port Dickson

Tengok peta skit yang aku ambil dari cuti.my, senang je nak cari hotel dan resort kat Port Dickson nih, belambak sama ada dah penuh ke belum, tu jer.



Tempat makan di Port Dickson


Tempat makan kalau tempat-tempat tepi pantai cam nih, belambak ler, cari je mana nak. Aku usha-usha nak cari tempat ikan bakar Port Dickson ni, tapi agak jauh plak dari hotel aku duduk nih, yang paling dekat Restoran Sri Mesra dan budak-budak hotel pun rekemen tempat ni. Jadi makan malam aku kat sini. Sup tulang perghhh... baikkk ( mungkin juga sebab sup tu dah nak habis, tu yg kawww tu, pekat semacam ) dan juga seafood le kat sini. Ikan siaz besar-besar baq hang. Harga banding dengan KL, sini lagi murah le, tapi nak bayar dengan kredit kad tak boleh le hoho.



Jadi untuk ke Port Dickson atau ke tempat-tempat peranginan lain, sangat lah sesuai cuti-cuti sekolah nih. Sila rancang perjalanan dan jangan over bajet, kalau ada duit mudah dapat takpe le kan. Buat duit dengan adsense pun belum masuk lagi ni. Satu je hampeh skit kali nih, power bank murah belum beli lagik hoho.. asyik kekurangan bateri je smart hone nih.Kalau korang join contest pun boleh kumpul duit untuk jalan-jalan gak.

Jadi kongsi sikit pengalaman korang kat Port Dickson.

Pulai Desaru Beach Resort Johor

Cuti Deepavali lepas, aku sempat pegi jalan-jalan kat Johor plak, biasa kat belah-belah pantai timur tuh, biasa sangat. Lagipun hujan sekarang ni tak sesuai ke pantai timur. Kali ni ke selatan, Johor. Pulai Desaru Beach Resort and Spa menjadi tempat tinggal kali nih. Sebelum pegi, hotel kena settle dulu beb sebab musim cuti ni biasanya ramai orang kat hotel takut takde kosong plak kan. 



Sebelum-sebelum ni aku pernah kongsikan pengalaman aku jalan di Awana Kijal Terengganuperabih duit di MelakaTeluk BatikCameron Highland dan Langkawi. Kalau dapat duit dari join mana-mana contest seperti Contest SEO Eridy.com boleh gak buat jalan-jalan. Takkpun duit dari kerja sampingan/parttime atau duit dari blog yang senang nak buat nih

Jalan ke Desaru dari KL


Kat Pulai Desaru Beach Resort and Spa ramai orang Singapura duduk sini, bercuti. Local ada jugak la. Dalam 4 jam perjalanan dari KL, ambil PLUS highway, keluar kat exit Senai Utama, lalu JPO ( Johor Premium Outlets ) masuk Senai-Desaru Expressway, keluar dekat dengan Desaru. Senangje cari jalannya, tahu membaca jumpa lah tuh.



Yang Hampeh

Sampai hotel pukul 4.30 petang, bilik ada kosong sebab dah book awal-awal tapi belum kemas le pulak, tunggu jap sambil ronda-ronda. Pukul 6.30 petang, bilik belum kemas lagik. Apa punya servis la Pulai Desaru Beach Resort and Spa ni ( kasi nama buruk skit  hoho ). Buat-buat muka masam skit, siap le bilik.



Aktiviti di Desaru

Semua gambar di ambil dengan smartphone lenovo yang aku dapat percuma tempoh hari. Tapi aku nak cadangkan korang kalau pergi bercuti, kena bawak power bank  untuk caj smartphone. Rugi kalau tak boleh nak abadikan detik-detik manis  bersama keluarga.

Mandi kolam

Resort ni tepi laut, budak-budak memang suka berendam dalam air kolam hotel nih, view cantik baq hang.


Makan malam ni Restoran Terapung Seafood Bujang Fire Fly


Restoran ni atas air beb, terampung-ampung. Makanan seafood, harga boleh tahan mahalnya kalau banding dengan restoran kat Shah Alam. Kat sini jugak ada boat untuk pergi tengok kunang-kunang selama 20 minit. Malam tengok-tengok view kat tepi pantai dekat dengan hotel, fuhhh... segarnya rasa di tiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Johor Premium Outlets (JPO)


Lepas makan, kenyang, pegi cari JPO ( Johor Premium Outlets ). Tempat beli barang-barang branded yang harga mahal-mahal tuh, tapi cukai takde. Kalau dah ada plan nak beli beg ke, kasut ker, sini bagus le sebab takde cukai kan.


Balik ke KL malam-malam buta, dari JPO pukul 8 malam, sampai rumah sudah letih ooo, duit pun habis.Keseronokkan bercuti ni memang best, terutamanya budak-budak. Dengar pergi hotel je, melompat-lompat.

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Tok Aman Bali Beach Resort Pasir Puteh Kelantan - Ini cerita cuti sekolah yang baru lepas. Saya dan keluarga habiskan masa bersama kat Tok Bali Kelantan. Booking buat online dari KL. Drive dari Subang Jaya - Kelantan lalu ikut Grik-Jeli, lama gak dalam 5-6 jam baru sampai. Nak santai punya pasal, ok jer. 

Lagipun anak cuti sekolah kan, bila lagi nak jalan-jalan. Tok Aman Bali Beach Resort ni resort baru lagih, 2 tingkat takde lif, ada lampu yang guna cahaya matahari je sebagai sumber tenaga. Aktiviti cuti-cuti ni adalah antara kegemaran aku kalau ada duit lebih dan masa yang sesuai.



Lokasi Tok Aman Bali Beach Resort


Plus-Grik-Jeli-Tanah Merah-Machang-Pasir Puteh - Cari Tok Bali nanti jumpa lah tuh Tok Aman Bali Beach Resort. Percutian ni tak sempat nak ke Pantai Bisikan Bayu atas kekangan masa dan khidmat diperlukan dengan kadar segera di tempat kerja. Cam ni le kalau kerja dengan orang kan.



Cari Makan di Tok Bali


Nak cari makan kat sini sangat le senang. Makan kat hotel mahal dan takde rasa citarasa tempatan. Kedai makan banyak kawasan hotel, kena keluar sikit, 1 km je ke jalan besar dan banyak kedai makan di tepi-tepi jalan. Waktu malam, sempat singgah ni kedai ikan bakar, nama kedai tak ingat dan gambar pun tak ambil. Tapi ikan memang segar, try ikan bakar berempah tak masuk selera aku hihi. Harga murah kalau banding dengan masa aku bercuti di Desaru, tapi lebih mahal kalau banding dengan aku makan-makan di Mersing ( yang ni belum update lagih, lepas nih ).



Blackout!


Ada pula best-best nak tido sambil layan tv boleh blackout hihi. Macam-macam hal la kan. Katanya TNB punya pasal. Tapi takpe le kan, kita sebagai guest ni paham. Layan gambar dulu.



Kongsi pengalaman


Kalau nak ke Tok Aman Bali Beach Resort ni dari KL, mesti bertolak awal-awal. Baru rilek skit. Sebab perjalanan kalau dari KL jauh jugak nih. Sakit belakang di buatnya, tapi rasa seronok melebihi yang lain. Jangan lupa singgah ke Pantai Bisikan Bayu.


Cuba try makanan tempatan kat sini, citarasa Kelantan. Saya kat ni lebih kepada menikmati keadaan yang tenang dan santai.